Thursday, May 1, 2014

Konsep-konsep penting Sejarah


Konsep-konsep Sejarah

Pelabuhan entrepot
----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.

Mulaqah
----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama Melaka

Malakat
----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’

Syahbandar
----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.

Cukai rasmi
----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.

Cukai tidak rasmi
----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.

Surat kebenaran
----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.

Nakhoda
----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.

Kiwi
----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.

Bendahara
----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.

Bendahari
----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.

Laksamana
----Ketua angkatan laut Melaka.

Temenggung
----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)

Lingua Franca
Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka

Perang tiga segi
----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.

Sogit
----Sejenis hukuman
----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

Babas
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.

Kapanasan
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.

Rumah Panjang
----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.
----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.
----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan
----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.
----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.
----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:
--Tarian Sumazau.
--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).
----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.

Tuai Rumah
----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang
----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.
----Peranan:
--Menjaga keamanan di kawasannya.
--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.
--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

Perayaan Kaul
----Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak.
----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’.
----Disambut bagi menandakan:
--Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau
-- Berakhirnya musim hujan.

Hari Gawai
----Disambut oleh orang Iban.
----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya:
--Gawai Batu
--Gawai Kenyalang atau Gawai Antu.
----Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh.
----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat.
----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai.
----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.


SURAT KEW
--Dikeluarkan pada tahun 1795
--Kandungan
- British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan

KONVENSYEN LONDON
--Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814
--British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki
--Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818.

NEGERI-NEGERI SELAT
--Bermula pada tahun 1826
--Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran.
--Pentadbiran
- Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri.
- Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri.
--Ibu Negeri
- 1826-Pulau Pinang
- 1832-Singapura-
-1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Diketuai oleh Gabenor.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN
--Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.
--Kesan
--Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang.

DASAR CAMPUR TANGAN
--1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.
--Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang.
--Faktor-faktor:-
-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah.
- British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain.
- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat.

RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu.
--Tugas-tugas
- Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam
- Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai.
- Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan.

DURBAR
--Persidangan Raja-raja Melayu
--Anggota
4 orang Raja Melayu
4 orang Residen dan Residen Jeneral1897
- Durbar yang pertama di Kuala Kangsar.
- Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903
- Durbar kedua di Kuala Lumpur.
- Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909
- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
--Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896
--Dicadangkan oleh Frank Swettenham.
--Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan.
--Ketua-Residen Jeneral
--Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur
--Tujuan
- Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu.
- Untuk menyelaraskan system pentadbiran
- Untuk menjimatkan kos pentadbiran
- Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang
- Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang.

--Kesan
- Perkhidmatan pakar dikongsi bersama
- Wujud kerjasama antara negeri.
- Pelaburan asing bertambah.
- Pendapatan Persekutuan bertambah

MAJLIS NEGERI SARAWAK
Tujuan
--Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar.
--Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke
--Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan
- Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867
-Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu
- Kekal sehingga 1941
- Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap

SISTEM PEWARISAN TAKHTA
Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu


Sekolah Latihan
• Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri.

Bunga Emas
• Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri
• Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909

Hak Wilayah Asingan
• Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
• Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu.

Sistem Kangcu
• Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’
• Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di Johor

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Negeri-negeri di bawah naungan British
• Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan

Buruh Kontrak
• Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian.
• Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai

Sistem Ibedem
• Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’

Rancangan Sekatan Stevenson
• Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya
• Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Getah Perca
• Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan

Sistem Kangani
• System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu

Semanagat Kebangsaan
• Perasaan cintakan negara dan tanah air.

Kaum Muda
• Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis
• Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam
• Memodenkan fikiran umat islam supaya maju

Kaum Tua
• Golongan yang menentang idea kaum muda.
• Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini
• Berpegang kuat kepada adat dan agama.

Strategi Berkesan Belajar Sejarah

Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah merupakan cabaran utama kepada guru dan calon. Guru dan calon perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:

1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)

1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)

1.3. Strategi penggunaan buku teks (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon menguasai kandungan buku teks).

Bagi membantu calon  menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.


Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Tinjau
Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:

a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini

b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan

c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu

Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh

Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu

Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan

Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon

Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan

Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan

Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab
Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.

Tanya

Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:

Apa ? = Peristiwa Sejarah

Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah

Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah

Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian

Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah

Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah

Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca untuk menambah kefahaman.


Membaca

Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.

Panggil Kembali

Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat.

Lihat Semula

Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.

Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan

Dalam rencana ini calon diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah . Calon  perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon  perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:


Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab


1. Konsep / istilah sejarah
2. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan
3. Kesan peristiwa sejarah
3. Kronologi / urutan peristiwa
4. Tokoh dalam sejarah
5. Perjanjian penting dalam sejarah
6. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah


( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah

Calon  perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.

 Rujuk takrif kata yang disediakan. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks.

Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon  menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon  perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.

( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh

Calon  perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah . Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.


Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.

( 3 ) Mengenalpasti Penyebab atau Kesan Peristiwa Sejarah

Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. (i-think)

Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.

( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik

Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.

( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.

Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti

a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah.

( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah (soalan KBKK)

Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah  mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.

Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah berpandukan buku teks.

Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah . Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah

i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah
ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah
iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi
iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada
vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti
vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap
viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa
ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini


Selamat beramal..Selamat berjaya..

Masalah Pelajar belajar SEJARAH dan Cara Mengatasi

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.

Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.

Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.

Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.

Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.

Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.

Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari.

Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.

Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten.

Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam

Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari.

Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.

Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.

Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.

Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.

* Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab

* Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.

* Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca

* Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.

* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran

* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda

* Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah



Semoga anda semua mendapat manfaat daripada entri ini dan mudah untuk memperoleh A dalam subjek Sejarah. In sha Allah..
HARAP MAAF..BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN..TQ