Thursday, May 1, 2014
Konsep-konsep penting Sejarah
Konsep-konsep Sejarah
Pelabuhan entrepot
----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.
Mulaqah
----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama Melaka
Malakat
----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’
Syahbandar
----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.
Cukai rasmi
----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.
Cukai tidak rasmi
----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.
Surat kebenaran
----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.
Nakhoda
----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.
Kiwi
----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.
Bendahara
----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.
Bendahari
----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.
Laksamana
----Ketua angkatan laut Melaka.
Temenggung
----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)
Lingua Franca
Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka
Perang tiga segi
----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.
Sogit
----Sejenis hukuman
----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.
Babas
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.
Kapanasan
----Sejenis hukuman.
----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.
Rumah Panjang
----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.
----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.
----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan
----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.
----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.
----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:
--Tarian Sumazau.
--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).
----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.
Tuai Rumah
----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang
----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.
----Peranan:
--Menjaga keamanan di kawasannya.
--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.
--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.
Perayaan Kaul
----Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak.
----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’.
----Disambut bagi menandakan:
--Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau
-- Berakhirnya musim hujan.
Hari Gawai
----Disambut oleh orang Iban.
----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya:
--Gawai Batu
--Gawai Kenyalang atau Gawai Antu.
----Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh.
----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat.
----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai.
----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.
SURAT KEW
--Dikeluarkan pada tahun 1795
--Kandungan
- British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan
KONVENSYEN LONDON
--Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814
--British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki
--Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818.
NEGERI-NEGERI SELAT
--Bermula pada tahun 1826
--Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran.
--Pentadbiran
- Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri.
- Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri.
--Ibu Negeri
- 1826-Pulau Pinang
- 1832-Singapura-
-1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.
- Diketuai oleh Gabenor.
REVOLUSI PERINDUSTRIAN
--Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.
--Kesan
--Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang.
DASAR CAMPUR TANGAN
--1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.
--Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang.
--Faktor-faktor:-
-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah.
- British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain.
- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat.
RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu.
--Tugas-tugas
- Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam
- Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai.
- Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan.
DURBAR
--Persidangan Raja-raja Melayu
--Anggota
4 orang Raja Melayu
4 orang Residen dan Residen Jeneral1897
- Durbar yang pertama di Kuala Kangsar.
- Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903
- Durbar kedua di Kuala Lumpur.
- Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909
- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
--Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896
--Dicadangkan oleh Frank Swettenham.
--Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan.
--Ketua-Residen Jeneral
--Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur
--Tujuan
- Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu.
- Untuk menyelaraskan system pentadbiran
- Untuk menjimatkan kos pentadbiran
- Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang
- Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang.
--Kesan
- Perkhidmatan pakar dikongsi bersama
- Wujud kerjasama antara negeri.
- Pelaburan asing bertambah.
- Pendapatan Persekutuan bertambah
MAJLIS NEGERI SARAWAK
Tujuan
--Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar.
--Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke
--Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan
- Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867
-Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu
- Kekal sehingga 1941
- Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap
SISTEM PEWARISAN TAKHTA
Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu
Sekolah Latihan
• Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri.
Bunga Emas
• Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri
• Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909
Hak Wilayah Asingan
• Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain.
• Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu.
Sistem Kangcu
• Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’
• Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di Johor
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Negeri-negeri di bawah naungan British
• Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan
Buruh Kontrak
• Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian.
• Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai
Sistem Ibedem
• Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’
Rancangan Sekatan Stevenson
• Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya
• Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia.
Getah Perca
• Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan
Sistem Kangani
• System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu
Semanagat Kebangsaan
• Perasaan cintakan negara dan tanah air.
Kaum Muda
• Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis
• Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam
• Memodenkan fikiran umat islam supaya maju
Kaum Tua
• Golongan yang menentang idea kaum muda.
• Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini
• Berpegang kuat kepada adat dan agama.
Strategi Berkesan Belajar Sejarah
Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah merupakan cabaran utama kepada guru dan calon. Guru dan calon perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:
1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)
1.3. Strategi penggunaan buku teks (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon menguasai kandungan buku teks).
Bagi membantu calon menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Tinjau
Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:
a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini
b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan
c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu
Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh
Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu
Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan
Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon
Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan
Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan
Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab
Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.
Tanya
Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa ? = Peristiwa Sejarah
Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah
Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah
Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca untuk menambah kefahaman.
Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.
Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat.
Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.
Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan
Dalam rencana ini calon diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah . Calon perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:
Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab
1. Konsep / istilah sejarah
2. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan
3. Kesan peristiwa sejarah
3. Kronologi / urutan peristiwa
4. Tokoh dalam sejarah
5. Perjanjian penting dalam sejarah
6. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah
( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.
Rujuk takrif kata yang disediakan. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks.
Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.
( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah . Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.
Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.
( 3 ) Mengenalpasti Penyebab atau Kesan Peristiwa Sejarah
Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. (i-think)
Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.
( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik
Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.
( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti
a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara
Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah.
( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah (soalan KBKK)
Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.
Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah berpandukan buku teks.
Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah . Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah
i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah
ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah
iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi
iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada
vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti
vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap
viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa
ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini
1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)
1.3. Strategi penggunaan buku teks (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon menguasai kandungan buku teks).
Bagi membantu calon menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Tinjau
Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:
a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini
b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan
c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu
Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh
Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu
Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan
Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon
Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan
Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan
Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab
Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.
Tanya
Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa ? = Peristiwa Sejarah
Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah
Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah
Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca untuk menambah kefahaman.
Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.
Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat.
Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.
Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan
Dalam rencana ini calon diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah . Calon perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:
Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab
1. Konsep / istilah sejarah
2. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan
3. Kesan peristiwa sejarah
3. Kronologi / urutan peristiwa
4. Tokoh dalam sejarah
5. Perjanjian penting dalam sejarah
6. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah
( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.
Rujuk takrif kata yang disediakan. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks.
Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.
( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah . Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.
Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.
( 3 ) Mengenalpasti Penyebab atau Kesan Peristiwa Sejarah
Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. (i-think)
Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.
( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik
Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.
( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti
a) Tahun perjanjian itu ditandatangani
b) Sebab ia ditandatangani
c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu
d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan
e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara
Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah.
( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah (soalan KBKK)
Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.
Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah berpandukan buku teks.
Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah . Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah
i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah
ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah
iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi
iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada
vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti
vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap
viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa
ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini
Selamat beramal..Selamat berjaya..
Masalah Pelajar belajar SEJARAH dan Cara Mengatasi
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.
Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.
Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.
Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.
Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.
Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.
Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari.
Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.
Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten.
Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam
Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari.
Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.
Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.
Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.
Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.
* Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab
* Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
* Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca
* Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.
* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran
* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda
* Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah
Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.
Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.
Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.
Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.
Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.
Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari.
Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.
Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten.
Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalam
Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari.
Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.
Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.
Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.
Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.
* Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab
* Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
* Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca
* Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.
* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran
* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda
* Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah
Semoga anda semua mendapat manfaat daripada entri ini dan mudah untuk memperoleh A dalam subjek Sejarah. In sha Allah..
Monday, March 31, 2014
KOLEKSI MUTIARA KATA
KOLEKSI MUTIARA KATA
MUTIARA KATA & FRASA MENARIK
BAHAGIAN 1
- abu senja melayang menyalut mangkuk malam
- acap kali mengeluarkan kata-kata jenaka
- ada kepulan asap menerjah ke atas, lalu naik bercampur dengan kabus pagi
- ada air mata kesal tercalit pada wajahnya
- ada alur gembira bertimpal ragu
- ada angin semilir yang menjamah pipi
- ada cebisan belas di penjuru hati kemanusiaannya
- ada debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat warkah itu kutatapi
- ada gurat-gurat penderitaan yang terlindung di sebalik wajah ceria
- ada intonasi protes dalam suaraku
- ada kalanya simpatiku menjelma
- ada keharuan yang melambai dada
- ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwanya
- ada lorong matahari
- ada manik putih menempias pipiku
- ada martabat atau nilai diri yang tersendiri
- ada nada ejekan
- ada perhitungan lain dengannya
- ada rentak risau di hujung nafas
- ada riak keletihan
- ada selapis tipis bayang petang
- ada simpati yang terketik di hati
- adalah setanding kalaupun tidak lebih tinggi
- adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah perlu diterapkan
- agar kepentingan dan hak mereka terlindung
- agenda kerja yang tersusun dan sempurna
- air bercerau-cerau
- air dan buih memercik ganas
- air hujan meleleh-leleh jenuh hingga ke perdu
- air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan
- air mukaku menterjemahkan apa yang ingin kukatakan
- air mukanya pun nampak kelat membuatkan aku kecut
- air sungai beralun lunak berkilau-kilauan dipanah matahari
- air sungai mengalir tenang tanpa kocakan
- akan kulukiskan sekali lagi seluruh ilusi hidup ini
- akan menampakkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi
- akan mengungkai rahsia dirinya; akan meruntas mahkota maruahnya
- akar-akar nyiur yang akrab mencengkam pasir
- akhirnya akan menjahanamkan keturunan kita selama-lamanya
- akhirnya aku bertawakal dan reda
- akhirnya hatiku berbisik sendiri
- akhirnya tersangkut di ranting kenangan
- aku bangun dengan kesegaran yang tidak pernah kurasai sebelum ini
- aku berhak mempertahan maruah dan hakku jika dicabar
- aku bermonolog sendiri antara hati dan perasaan
- aku berperang dalam diri, melawan kesabaranku
- aku bungkam dengan kata-katamu
- aku cuba menyusun kata-kata untuk diluahkan
- aku cuba memancing perbualannya, sekali gus mengorek rahsia
- aku cuba memasukkan kata-kata itu ke dalam kalbu
- aku cuba membuang kecanggunganku
- aku cuba membunuh bayang-bayang itu tetapi tidak mampu
- aku cuba mengumpul segala bicara yang terbenam di lubuk hati
- aku dan dia sama-sama terpaku
- aku diam melayani pertanyaan dalam diri
- aku diamuk resah
- aku digigit perasaan kesal yang teramat sangat
- aku dihanyutkan oleh perasaan sendiri
- aku hanya mampu menghulurkan simpati tiap kali menatap warkah dukamu
- aku hanya memprotes dalam diam
- aku juga mengongsi kesilapan itu
- aku juga rasa bengkak hati
- aku juga sudah banyak kali terluka dengan sikapnya itu
- aku kenal akan ketulusan hatinya
- aku ketawa renyah
- aku lebih kerap menjadi pemerhati dan pendengar
- aku masih degil untuk mengalah
- aku masih tidak menyapanya ketika bergeseran bahu
- aku melepaskan radangku
- aku memarahi diri sendiri
- aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa
- aku membalas senyuman mereka seadanya
- aku membayarnya dengan senyuman paling manis
- aku membilang butir-butir hari
- aku mempertajamkan lagi pemahamanku yang dangkal ini
- aku memusatkan pandanganku
- aku menagih kesedarannya untuk hidup normal
- aku mendongak mencari sinar harapan matahari
- aku mengagumi semangatnya
- aku mengecur air liur
- aku menggigit bibir menahan sabar
- aku menghirup nafas dalam-dalam
- aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati berlorongkan kesuraman
- aku merasa bagai tercampak ke gurun tak berorang
- aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap
- aku rasa debar yang menghenyak dada
- aku sebenarnya melayani perasaan yang riang tetapi berdebar
- aku sebenarnya tidak punya waktu terluang
- aku seboleh-bolehnya cuba mentafsirkan apa yang hendak disuarakan
- aku segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa tali
- aku sekadar akur
- aku semacam dicengkam rasa bersalah yang amat sangat
- aku sering diundang untuk menarik-narik kembali peristiwa itu agar terpancar di layar ingatan
- aku telah mencicirkan kasihku padanya
- aku terkapai-kapai mencari kepastian makna
- aku terlayang diriku sewaktu di alam persekolahan
- aku terlempar ke alam nyata
- aku terpaksa memaniskan muka mencipta perbualan supaya suasana tidak kaku
- aku tidak dapat mengesan garis-garis luka pada wajahnya
- ada kerusuhan yang berbungkal di hati
- adat masih kuat melingkari kita
- agenda kepimpinannya dapat direalisasikan
- air mata mula luruh
- akhbar arus perdana
- akhirnya ditemui kaku
- aku terpaksa membiarkan sahaja dia seiringan denganku
BAHAGIAN 1I
- aku terpaksa menghadap malam menerusi jendela yang masih terbuka
- aku terpana seketika
- aku tersentuh hingga ke ufuk batinku
- aku tersepit di antara keinginan hati dan kerisauan fikiran
- aku terus terbuai dalam sentimennya
- aku tetap bertahan dengan kepayahanku
- aku tetap dibebani rasa tidak percaya
- aku tidak berhak mencemburui kecantikannya yang dianugerahi Allah
- aku tidak berhenti-henti diserang tanda tanya
- aku tidak dapat tidur walau sepicing pun
- aku tidak mahu hatiku yang tipis ini mencair dan menangis
- aku tidak mahu kekontangan ilmu
- aku tidak mahu menerima kerana harga diriku terlalu mahal
- aku tidak mahu orang lain mengongsi derita yang aku tanggung
- aku tidak tahan dengan kebisuan itu
- aku tidak tahu bagaimana mahu mengukur ingatan itu
- aku tidak tahu di mana cicirnya kepetahanku sebagai pemidato sekolah
- aku tidak tahu mengapa perasaan itu harus tumbuh
- aku yakin pada keikhlasan dan kejujuran
- aku yang dilimpahi air mata
- aku yang tertinggal rasa kebingungan
- aku, tahu ada kebimbangan yang berakar di perdu hatinya
- akulah yang sering berlaga-laga dengan masa, lalu tertewas aku
- alam hijau dicoret oleh cat-cat alam semula jadi
- alangkah gilanya perasaan
- alangkah tenteramnya menjadi gunung itu
- aliran sungai menjadi lesu
- alun-alun mengembang dan berlarian seperti mendaki dan menurun bingkai air yang berbaris-baris
- amarahnya meriap dan merisak
- amat berat lidahnya untuk melepaskan itu semua
- anak matanya tertancap pada sungai yang mengalir
- anak-anak bermain di keteduhan perdunya
- ancaman bagi mengakis jati diri umat
- aneka cita rasa dan cita-cita
- angan-angan kita turut melangit
- angin malam masih membelai langsir, terasa seperti membelai hatiku
- angin malam menerobos kasar menampar-nampar wajahku
- angin menghambus sejarah
- angin pada malam itu bagaikan mati layaknya
- angin pagi kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah
- angin pagi minggu terlalu malas bertiup
- angin pengap berat meruntun jiwa
- antara ramuan untuk membentuk masyarakat
- apabila keadaan ini telah dapat kita realisasikan
- apabila rosak budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu
- apakah memang tiada lagi ruang untuk ceria seperti dulu
- apatah lagi pada detik yang memisahkan antara keduanya
- api kemarahan pun menjalar di setiap rongga hatimu
- arena pentas juang kita
- aromanya menusuk ke rongga hidup
- arus berapung seperti pelampung putih
- asap berkelun-kelun yang muncul
- asap yang mengepul naik seolah menyangga awan
- atas dasar tanggungjawab sesama manusia dan insan
- atmanya meronta-ronta
- aturan yang membekukan
- awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan yang lebat
- awan kumulonimbus berarak lesu
- awan lamunanku lenyap
- awan sisik ikan tertampal
- ayah mengujarkan lembut penuh makna
- ayat dan hijau azan memercik ke luar
- badannya bergetar oleh keharuan yang amat sangat
- bagai ada batu yang menindih lidah
- bagai mengungkap satu realistik
- bagai panahan arjuna yang tidak berpenghujung
- bagai setitis embun pada rumput yang dipaksa kering oleh sinar mentari
- bagaikan ada petir yang menyentap hulu hatiku, meskipun terik mentari membakar kulit
- bagaikan kehilangan kata-kata kerana terlalu gembira
- bagaikan langit runtuh menimpa tubuh
- bagaimana harus aku menterjemahkan kegembiraanku
- bagaimana kalam perpisahan yang dianggap sementara itu menjadi tragedi sepanjang hayat
- bagaimana mahu mematikan ingatan padamu?
- bagi memperbaiki impak yang tertentu
- bagi seseorang menghantar idea atau gagasan pemikiran
- bahasa pengkayaan dan penyebaran ilmu
- bahasa yang cuma mempesona, menjadikan diri melayang
- bahasaku kecil dan caraku terpencil
- baik-baik meniti kaca, kalau pecah kaki terluka
- bakal memperteguh tali-temali sosial
- bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan
- banyak lagi tugas agenda besar yang masih tergendala
- barangkali aku bertindak di bawah sedar ketika itu
- barangkali dia masih diburu rasa kesal yang tidak bertepi sejak peristiwa itu
- batas dan susila pergaulan
- batas kesabaranku juga amat terhad dan minimum
- batu mengepung waktu
- batu tanda perjuangan
- bawa daku bersama meniti pelangi
- bayang rebah dalam diri
- bayu bersilir perlahan
- bebal dan tegar dalam diri
- beberapa strategi mungkin boleh dirangka
- bebola mata yang semakin layu dek kedinginan malam, terbuka kembali
- bebola suria tidak kelihatan lagi
- benaknya hampir pecah memikirkan hal ini
- bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman
- benteng pertahanan emosi yang rapuh
- berada dalam kesamaran untuk mencari jawapan
- berakar nasional dan berakal internasional
- berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya
- berbahang dengan gelojak pertengkaran
- berbaur tekad dan iltizam yang sentiasa semakin padu
- berbuah kesengsaraan bersadur kepalsuan duniawi
- bercakap dengan bayang-bayang sendiri
- bergelumang dengan ketidakpastian dan kekalutan
- bergelut dengan penderitaan
- bergelut dengan pertanyaan yang tiada penghuninya
- berhadapan dengan serangan kebudayaan asing
- berhempas pulas, di antara perasaan dengan fikiran
- berjalan sendiri menundukkan muka seperti membilang langkah gontainya
- berjaluran panahan masyghul di wajah mereka
- berjaya di peringkat kebangsaan dan serantau
- berkaitan dengan kehidupan kebendaan
- berkejaran dengan aktiviti tersendiri
- berkerut muka bagai cermai masam
- berlakunya kesan penyuburan negatif
- berlanjutan ke garis persaudaraan
- berlari merempuh kesuraman malam
- bermain teka-teki dalam diri ini
- bermuka tegang
- berpaut pada pendapat yang digenggam
- berputar-putar urat saraf medula oblangata
- bersama fikiran yang rancu dengan kebimbangan
- berselang cahaya
- bersifat melengkapi dan saling mengukuhkan
- bersikap dingin berterusan
- bersimpati dengan seribu penderitaan
- bersuara ganas dan sedikit hasad
- bersulamkan tutur kata
- bersyarah bagai halilintar
- bertangkai kedurjanaan bersalut emas cahaya berkilauan
- bertapak kelegaan di dadanya
- berteraskan prinsip penjanaan dan pembudayaan ilmu yang tulen
- bertunjangkan kekuatan agama dan moral
- bertunjangkan kekuatan intelektualisme yang kukuh dan ampuh
- berusaha keras mengilmukan diri masing-masing
- betapa cepat usia menelan tubuh manusia
- betapa kemujuran itu adalah bantuan Yang Kuasa
- biar seganas mana ombak menghanyutkan
- biar sekeras mana kerikil perlu kupijak
- biarlah api kedegilan menjerit kepanasan
- biarpun sakit tetapi hati tidak sepedih ini
- bibir matanya terus menyekang
- bibirku menyulam secebis senyuman, aku melahap wajahnya yang ceria itu
- bibirnya menguntum senyum nipis
- bicara itu sudah menjadi begitu mahal
- bicaraku mati di situ
- bila ombak mencium kakinya
- bilah-bilah hari tetap juga datang dan siang terus bangun di kawasan gigi rimba
- bilakan putaran ini dapat dihentikan?
- bilik yang kecil ini sudah kutikari
- bimbangnya semakin meruncing
- bisa angin malam terus menggigit
- bisa mengoyakkan kesabaranku
- bising dunia yang menderita gilanya
- bola itu menjadi ceridau di kakinya
- budaya ketepatan
- bukan hanya sekadar melimpahkan ilmu pengetahuan
- bukan lagi satu keterasingan
- bukan niat aku membawa semula hampasan hempedu itu menjadi santapan
- bukan setakat ini menggetarkan sukma
- bunyi angin kedengaran menyepak-nyepak daun
- cabaran globalisasi yang masih ditangani dengan serius dan proaktif
- cabaran globalisasi yang semakin menghimpit
- cabaran yang membakar kendirinya
- cahaya lampu menyala garang dalam kacanya
- cahaya matahari menyimbah lemah
- cahaya matahari rakus memancar ke dasar sungai
- cahaya matahati sudah mencuri masuk menerusi juring atap
- cahaya melanda mata
- cahaya mengupas subuh
- cahaya perak di ufuk timur semakin menyerlah
- cahaya yang mencuri masuk melalui celah-celah dinding menyilaukan pandanganku
- cerita yang menyentuh dua jiwa, lahir dari sanubari yang ikhlas
- ceritera perjuangan dan kepimpinan
- citra budaya dan jati diri bangsa kita
- cuba meneroka setiap rona wajah
- cuba mengendurkan rasa kegelisahan
- cuba mengunyah hujah-hujah rakannya itu
- cuba mengusir resah
- cukup berpotensi untuk menggegarkan
- cukuplah sekali aku melalui saat-saat yang memilukan ini
- cuma apa yang aku mahu ialah setitis penghargaan
- cuma helaian kertas yang menjadi penyambung bicara kita
- cuma mengumpul rindu dan membawanya pada musim-musim persuaan
- cuma pendedahan media sahaja yang baru menghangatkan senario ini
- dada sungai beriak kemilau dipancari cahaya matahari yang mencarak sekali-sekala
- dadaku seolah-olah akan pecah menampung pertanyaan
- dadanya yang terdedah dimandikan keringat
- dalam diam-diam dia menanam semangat
- dalam gementar resah dan kemelut harapan
- dalam hatiku seolah-olah menyelinap suatu perasaan halus yang aneh
- dalam keadaan yang serba asing
- dalam kegembiraan, kukirimkan kepiluan
- dalam kelu aku menyambut bungkusan itu
- dalam menangani kehadiran abad ke-21 nanti
- dalam menggapai keadaan sekeliling
- dalam mimpi yang kian hadir
- dalam puncak hujan petang menyulur gersang
- dalam suasana dan persekitaran baru yang serba asing
- dalam tempoh waktu yang relatif singkat
- damaimu sesudah gerimis
- dan dalam sinar bulan yang cerah, puncaknya seolah-olah menyapu awan dan mencecah langit yang biru
- dan di sebelah timur, warna merah menyimbah puncak gunung
- dan tentunya tidak mentah dalam menangani hidup penuh pancaroba
- dapat memasarkan bahasa kita dengan secara meluas
- dapat membaca kemuakan hatiku terhadap sikapnya
- dapat meneka kebimbanganku
- dapat mengesan perubahan yang berlaku
- darah bagai tidak melewati wajahnya
- darah muda yang menggelegak
- darah yang sama merah tetapi berlainan keturunan
- dari kelopak mata mutiara jernih pun menitis
- dari masalah akan berumbi perjuangan menyuburkan ketabahan
- dari segi kegiatan yang lebih konkrit
- daun-daun akan berdesir menerbitkan lagu jika terpukul oleh angin semilir yang jinak
- daun-daun bakau dan berembang yang menari-nari dihembus angin
- daun-daun kering yang ringan turut diseret angin
- debar yang menghenyak dada
- debu-debu itu berkecai kemudian lenyap gugur entah ke mana
- debu-debu mengepul diusung udara yang turun secara mengejut
- dedebu pula mengapung di udara
- dendam pernah kuasuh dalam diri ini
- dengan pasrah, segala yang terjadi berserahlah
- dengan senang hati menerima aku dalam perjalanan hidup mereka
- dengan senyuman yang belum lekang
- dengan seribu perasaan bercampur baur
- dengan suara yang tertahan-tahan digagahinya untuk bercerita
- dengan wajah kusam
- dengan wajah yang bertampang keras
- derai ketawa yang masih bersisa
- deruman menggema mengayak sepi malam
- deruman menggema mengoyak sepi malam
- desir angin bagai menyapa kedamaian
- detik demi detik masih tergawang jelas dalam kotak fikirannya
- dewasa ini kita diterjah oleh pelbagai masalah
- di hatinya bercampur baur pelbagai perasaan
- di jalan raya kedengaran tetap bertali arus tanpa mengenal erti jemu
- di kota ini nilai ketimuran telah hilang
- di langit bilik
- di luar sedar aku mula menyikat peluh yang entah bila merintik di sekitar dahi dan leher
- di luar zon kemahirannya
- di persada antarabangsa
- di sini masih ada rahmat ada keberkatan
- di sudut mataku yang kian redup
- di tengah-tengah perut kota yang serba merimaskan ini
- di wajahnya ada keseriusan yang amat sangat
- di wajahnya terpancar semacam rasa bersalah
- dia akhirnya menjadi muak
- dia amat istimewa kerana memiliki swadaya yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain
- dia bagaikan telah dilambung perasaannya sendiri
- dia bercakap lambat-lambat semacam memancing kesabaranku
- dia berjaya melimpasi semuanya dengan mulus
- dia bingkas bangun dan meninggalkan aku dengan kebisuannya
- dia cuba menepis segala yang datang ke mindanya
- dia dapat melupakan kepiluan hatinya untuk seketika
- dia dapat mengungkai apa yang sedang berselirat di dalam kotak fikiran
- dia hampir ditenggelami rasa gembira
- dia ibarat butir kemala
- dia jadi letih dengan amarahnya sendiri
- dia juga mahu lari dari lingkaran ganas itu
- dia kesayuan
- dia masih mahu meneruskan guruannya
- dia masih terlalu muda untuk mempersiakan dirinya sekadar untuk bermurung
- dia melangut
- dia melumpuhkan imaginasiku
- dia memahami betapa intimnya kami
- dia memandang lekat pada bebola matanya
- dia mendecip dengan muka masam
- dia mendongak lenguh
- dia menoleh sambil memberikan senyuman hambar
- dia mungkin terhalau oleh hanya sepotong janji
- dia sekadar mengangguk-angguk beberapa kali tanpa sepatah bicara
- dia suka cakap berteka-teki
- dia telah menyeksa perasaan sahabatku
- dia terasa urat-urat keletihan yang tersulam bosan di wajah itu
- dia terpaksa ketepikan keegoannya
- dia tersandar dan melihat dirinya terapung
- dia tersenyum lemah tetapi nampak bercahaya
- dia tersenyum menyindir
- dia tidak perlu gundah tentang itu
- dia yang culas
- dianggap antikebenaran dan menderhakai aturan
- dianggap prejudis dan tidak berasas
- dibaling kata nista
- dibiarkan membangun dengan sendirinya
- dihancurkan oleh pukulan angin yang keras
- dihiasi suara kicau aku
- dilaungkan keriangan itu agar seluruh sarwa alam tahu bahawa dia terlalu gembira
- dilempar pada amarah matahari
- dingin angin laut mencengkam rasa
- dingin yang mencengkam urat-urat saraf tanganku menghadiahkan sentakan yang halus
- dipenuhi dengan lautan manusia
- dirangkaikan dengan dakwat perasaan
- diresapi perasaan serba salah
- dirinya itu ibarat penawar dan racun kepada ayahnya
- dirinya mula diselimuti perasaan pesimis dan mengalah
- dirinya terasa lemas
- dirundung kecewa
- diserang rasa bersalah lagi
- diserbu perasaan cemas yang tunda-menunda
- disusuli dengan tindakan dan amal kebajikan
- ditekan sekuat hati agar tidak bertabur di pipi
- ditelan perasaan bersalah
- diterpa untuk menggali nasib di ibu kota
- dituakan gelombang gelisah
- diwarnai dengan infrastruktur kelas pertama
- doa ini hanyalah sebuah permintaan yang singkat
- dosanya bak buih di lautan
- duduk aku di pasir landasan sepi
- duka yang bersepah di sepanjang lorong hidupku
- dunia sepi seperti tiada berpenghuni
- dunia sudah sakit
- dunianya adalah dirinya
- ejekan berbekas terus di hatiku
- embun halus terus gugur dari langit
- embun telus mencerminkan rona-rona kesegaran hijau yang masih mentah
- entah mengapa aku seakan-akan kepayahan untuk menuturkan bicara
- entah mengapa sayu dan pilu meresap ke sarafku
- entah mengapa tiba-tiba hatiku diamuk rasa gementar
- era baru itu pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran, transformasi dan canggih
- fadhilat terpempan seketika
- fikirannya cuba mengikis keresahan yang melanda
- fikirannya dilemparkan jauh-jauh
- fikirannya memusat kepada suatu perkara
- fikirannya serabut, seserabut akar pepohon rimbun
- fikirannya tidak ada di dalam kamar
- gagahkan semangat
- gagal dalam perantauan
- gambaran yang muncul kian memabukkan perasaannya
- gelak tawa mereka berderai
- gelap gelita menyerkup ingatan luka petang tadi
- gelodak jiwa kita membadai
- gelodak resah di dalam dadanya berombak kencang
- gelora ombak yang masih keras membadai
- gelora perasaan kian berkecamuk
- generasi wiraswasta
- geramnya masih memulas
- geramnya membuak-buak
- gerimis tidak berhasil menutupi pandangan
- gugur bersama malam
- gunakanlah kapasiti ke tahap maksimum
- gunung itu membiru berbalam-balam, terbaring diam seperti sedang meneruskan lena selama berabad-abad
- Gunung Jerai yang membiru menirai kaki langit
- guru selaku arkitek pembangunan manusia
- hafra didiku pasti sekali tidak dapat diinjak-injak sesuka hati
- hakikat itu mengosongkan hati ini yang kukira telah pun terisi
- hakikatnya kita masih belum berjuang dan perjuangan kita masih panjang
- hampir tujuh tahun kami menyimpulkan ikatan ini
- hanya album kaku menjadi penawar rindu
- hanya mampu berkata dengan amat hiba
- hanya sejenak kerungsingan dan kerinduan itu menjadi tetamu jiwanya
- hanya sisa-sisa semangatnya yang dapat meredah kegetiran hidup
- hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui akan gelombang perasaanku
- harapan menggunung sering berkecai
- harapan menjadi tumpul
- harapan secerah mentari
- harapan yang dibina berkecai sudah
- hari ini menjadi bukti yang sama
- hari sudah mula ghurub tetapi masih ada sisa cahaya di sana sini
- hari-hari baruku berlangsung amat lambat sekali
- harmoninya dahulu, sukar untuk kugambarkan
- harus dijadikan titik pengembaraan kejayaan
- harus mencongak pantas segala ucapan
- hasilnya halus dan bersih
- hasilnya sungguh lumayan kalau kena cara pelaksanaannya
- hati digigit resah yang bukan kepalang
- hati diruntun rindu yang memuncak
- hati kecilku sukar dimakan pujuk
- hati menjadi terlalu keras dan pejal
- hati murninya pula tetap gundah
- hati seakan berdoa meminta jarum jam berhenti sebentar
- hati tiba-tiba didera sedih yang teramat
- hati yang liat kerana dipenuhi titik-titik noda dan dosa
- hati yang mula disapa kecewa
- hati yang sarat dengan tanda tanya
- hatiku bengkak marah dengan jawapan itu
- hatiku dicakar resah yang teramat
- hatiku dicakar resah, tidur diganggu gelabah
- hatiku diragu tanda tanya
- hatiku sekali lagi tersentap
- hatiku seperti ‘dipajakkan’ kepadamu, dan mungkin tidak dapat kutebus kembali
- hatinya berdetik hiba dan dari kelopak matanya tergenang air mata hangat
- hatinya bagai terhiris sembilu tajam
- hatinya berbunga riang
- hatinya berketul dengan gumpalan penderitaan
- hatinya berputik yakin
- hatinya gugur bagai gugurnya seroja di pusara
- hatinya yang tenang terasa keruh
- hawa begitu kering dan garing
- hidup berkuah derita, berulam nestapa
- hidup bukanlah untuk berhiba
- hidup di birai waktu
- hidup di dunia ini sekali cuma
- hidup sebagai kelompok yang terasing
- hidupnya dikuap tenang dan damai
- hilang ditelan keramaian orang
- hinggalah melangit ke angkasa lepas
- humban sebarang prasangka
- igauan mimpi dan igauan hatinya bertaut satu dan merebut keasyikan yang disulam
- ingatanku segera berlari ke teratak usang itu
- ingin membuka lembaran hidup pemilik diari tersebut
- insan di pentas dunia sering mengejar bayang-bayang
- insan yang terampil dengan pekerti dan akhlak termulia
- insaniah berkelas satu
- irama harmoni dan murni itu
- jabat yang belum dilepas, dikemas dan dihenjutnya sedikit
- jangan hanya omong-omong kosong yang dihamburkan secara longgar
- jangan kau biarkan kegusaran bersarang di dalam dadamu
- janganlah ditidakkan kehadirannya
- janjinya kurang kukuh
- jasamu tak bertepi
- jawabku sekadar berbahasa
- jelas tidak ada riak-riak dendam pada wajahnya
- jenaka masih berplot desa
- jika batasan dan keterikatan yang selama ini membelenggu
- jiwaku kalut ketika melontarkan kata-kata itu
- jiwaku menggelegak hangat
- jiwaku takkan pernah rapuh
- jiwanya diserang kesayuan
- kabur di hati
- kabus nipis masih belum lebur
- kadang-kadang emosiku mengejek sikapku
- kadang-kadang tersinggung juga dengan usikan yang keterlaluan
- kadangkala lebih parah
- kadangkala melampaui batas kemanusiaan
- kadangkala timbul juga tunas cemburu di hati
- kaki langit terjahit benang hitam
- kakiku bagai terpahat di lantai
- kalimah itu termuntah dari mulut
- kalimat-kalimat itu bagai anak panah yang tajam menikam jiwanya yang memang sudah sakit itu
- kalut di dada semakin bergulung-gulung
- kalutku surut
- kami berpisah dan hanyut dalam dunia masing-masing
- kami berpisah dan hanyut dalam dunia sepi
- kasihku kian menggugus
- kasihku tertumpah melebihi selautan
- kata-kata adalah pelukis setia untuk peristiwa
- kata-kata cemuhan yang terpahat di hatinya membara
- kata-kata itu mempusakainya saban detik
- kata-kata yang melantun dari mulut kecilnya itu
- kata-katanya menerjah gegendang telingaku
- kau penyeri keluarga idaman
- kaum yang berjiwa pendekar, berdarah satria
- kauracuni mereka dengan madu pukauan kau
- keadaan mula berkabus tipis
- keadilan ekonomi dan sosialnya yang tulus dan telus
- kebencian membuak-buak
- kebingitan kembali menerjah
- keburukan sejarah akan terbongkar semula
- kecairan jiwa kemanusiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda
- kecanggungan yang menakluk aku
- kecantikannya itu sekali gus menutup kecacatannya
- kecantikannya menari lincah
- kecemerlangan dalam kehampaan
- kecenderungan masyarakat moden yang menagih sesuatu yang unik
- kedahagaan masyarakat terhadap budaya murni
- kedamaian yang cuma secubit
- kedatangannya ke situ merentasi perbatasan masa
- kedegilannya memeningkan
- kedua-dua belah kakinya seakan-akan terkunci di dada bumi
- kedua-dua ulas bibirnya menguntum senyuman tawar
- kegagahannya sudah mencair
- kegawatan dunia menghadapi pelbagai pancaroba
- kegelisahan itu menemaninya
- kegigihan tersebut masih mendarah daging
- kegundahan yang terpendam di lubuk fikirannya dapat ditafsirkan daripada pandangan mata dan raut wajahnya
- kehambaran kasih sayang yang kami pupuk bersama
- kehebatan dan karismatik para pemimpin
- kehebatannya semakin ampuh
- keheningan mengapung di udara sesaat
- keimanan dan keikhlasan dalam perjuangan
- kejauhan merapatkan kerinduan yang terpelanting
- kejayaan dan kerancakan ekonomi negara
- kejayaan kita kini dari mendasari lautan
- kejujuran akaliah dan kecintaan pada kebenaran
- kekadang rindu itu menjadi dendam
- kekangan kebebasan bersuara
- kekecewaan dan ketakutan di dalam jiwanya seperti belenggu yang membelit kaki
- kekekokan kembali menerjah
- kekeliruan kian membaluti benakku
- kekesalan bertimpa-timpa dalam lubuk hatiku yang sangat kecil
- kekuatan dan ketajaman imaginasi dan kreativiti
- kekuatan ekonomi yang cukup ampuh
- keladak sungai memenuhi segenap penjuru
- kelahiran generasi madani dalam konteks memajukan masyarakat
- kelakuan tidak senonoh dan keruntuhan akhlak
- kelihatan tidak adil di neraca kewarasanku
- kemarau bertandang bererti terbunuhlah subur di ladang
- kematian bicara
- kemiskinan sifar
- kemudian aku bagai terjerumus dalam alam fantasi yang menggetarkan setiap inci hatiku
- kemudian kutatang seperti menatang hati piluku
- kemungkinan-kemungkinan itu menggunting jiwa
- kenakalannya merebak pantas ke seluruh kelas
- kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah
- kenangan itu mula membesar dan menjajahi benaknya
- kenangan itu seperti melentur hati batunya
- kenangan kemesraan kita yang tercalar
- kenyataan-kenyataan itu membelah atmanya
- kepalanya sakit menahan perasaan
- kepalanya terasa ngilu
- kepincangan sosial yang agak meruncing
- kepingin benar menghadirkan pertemuan itu
- keraguan demi keraguan mula menyelinap dalam fikiranku
- keraguan yang bersarang di mindanya diluahkannya
- kerana gurau jadi sengketa
- kerana hutan-hutan dirodok
- kerana mengajarnya menjejaki peta kejayaan
- kerencaman sekitar dan suasana
- kerisauan tiba-tiba menghimpit dirinya
- kertas tebal itu berwarna kekuningan bagai rona langsat
- kerungsingan yang membelit jiwanya
- kerusuhan yang aneh
- kerut-kerut khuatir di wajah
- kes rasuah berprofil tinggi
- kesabarannya selama ini seperti diperbudak-budakkan
- kesayuan bergayut dalam fikiran
- kesedaran dan keikhlasan bersepadu bersama-sama maruah, jati diri dan ketakwaan demi kepentingan dunia dan akhirat
- kesedihan dan kebimbangan menguasai dirinya
- kesedihan yang kian membuak
- keseimbangan emosiku mulai tergugat
- kesilapan pada satu saat membawa duka sepanjang hayat
- kesucian kata-katanya
- ketabahan dan kesabaran akan membuahkan nikmat yang tidak dapat dinilai
- ketandusan perilakunya semakin menjadi-jadi
- ketawa yang bagaikan belati menghujam ke jantungku
- ketenangan kini juga sudah punah dimamah waktu
- ketidakpatuhan kepada undang-undang
- ketika hati diruntun kepiluan yang begitu menekan
- ketika itu, masa tidak bergerak sepantas kini
- keunggulan Malaysia semakin menyerlah di arena antarabangsa
- keupayaan menggembelingkan bakat dan potensi
- kewibawaannya terasa dicabar
- kian dibalut debar
- kikiskan sifat sombong
- kini, kegembiraan itu menyembunyikan diri di dalam sangkar masa
- kipas di kamar pengap
- kiranya aku masih samar-samar dengan mukadimah bicaranya
- kita akan kembara lagi mencari janji
- kita masih merangkak dalam lingkungan masalah kita sendiri
- kita tidak boleh mengubah mereka supaya mendengar, kerana gegendang mereka bergetar sumbang dengan irama kita.
- kita tidak hanya akur dengan arus ini
- kolam derita dan ria diri
- komitmen menyeluruh pegawai kerajaan yang terlibat
- kotak memoriku mengimbas memori silam
- kuinsafi manisnya kesabaran
- kuasa minda
- kubiarkan ia bergelumang dalam kolong rahsia
- kubiarkan laungan itu berlalu dibawa angin petang
- kukutip gembira pagi
- kulitku ditakluki sejuk bukan kepalang
- kumpulan sasar berbeza
- kunanti camar putih membawa khabar dari selatan
- kupaksa supaya menjelaskan duduk perkara sebenar
- kupanjatkan doa paling tulus ke hadrat Ilahi
- kurindui daratan tidak beralun
- kutebarkan pandangan ke sekelilingku
- kutelan madu kurasa hempedu
- ladang dan sungai merekah retak sekeras batu
- lakaran tak diundang akan menjelma
- lalu kupotong saja lamunannya
- lambat-lambat walaupun dalam gaya teragak-agak, dia mengangguk
- langit yang menumpahkan air matanya bertali temali
- langkah ini kuatur rapi-rapi supaya tidak kelihatan sumbang
- langkahku mati di situ
- langkahku pun akan mati dengan serta-merta
- langsung tidak berniat hendak melupakan keakraban kita
- langsung tidak terlekat di minda
- lantai marmar menakung dingin
- latar dan hidup yang berlainan membentuk kami dalam acuan sendiri
- laut, aku datang lagi dalam syahdu dakapanmu!
- layang-layang menghambat pepatung di gigi angin
- lebih bersiasah dan berjiwa halus
- lebih merasai bahana kelaparan itu
- ledakan maklumat dan curahan hiburan
- lega dan rasa lebih leluasa sedikit untuk bergerak
- lemas dalam kecaian kenangan dan harapan
- lembut tutur bicaranya setelah tangisnya reda
- leternya masih tidak berubah
- lidah api kelihatan hijau kemerah-merahan menggerutup memakan papan
- luluh jiwaku bila mengambil kembali kenangan lalu
- lunak suaranya menyelinap di celah-celah lipatan hati
- maafkan aku jika coretan ini mengembalikan semula jalur hitam yang terpahat dalam nostalgia silamnya yang sememangnya cuba dilupakan oleh kau
- macam ada masalah besar yang memenjaranya
- maka jadilah aku pendengar paling setia pada cerita-cerita gembira
- makan dengan selera hambar
- makhluk yang termandat marah
- maklumlah dialah yang paling banyak mencedok pengalaman
- makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
- malam dicengkam kedinginan
- malam itu sama sahaja seperti malam-malam yang lalu
- malam itu, mimpiku penuh wajah emak dan ayah
- malam menginjak ke pagi dan fajar sidik mula menampakkan kilau jingganya
- malam semakin memanjat usia
- malam sudah berengsot ke pertengahannya
- malam sudah menginjak ke pagi
- malam tenggelam bersama dengkuran
- malam terus memanjat usia
- malam yang menyerkup perbukitan ini semakin pekat warnanya
- malam yang samar-samar ini amat mengusik hatiku
- mampu memberi pendapat tetapi tidak rela menerima kritikan
- mampu mengadunkan satu kombinasi ruang yang harmonis
- manifestasi kesanggupan bangsa Malaysia
- manipulasi secara besar-besaran
- manusia bukanlah ‘haiwan robotik’ yang tidak memilih rasa dan jiwa
- manusia mementingkan diri sendiri apabila mendepani kemajuan
- marahnya kian memuncak
- martabat keluarga mesti kuletakkan di atas takhta
- masa akan menentukan ketulusan perasaan kita
- masa bergerak seindah gerakan tarian Mak Yong
- masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
- masa membataskan
- masa tidak menanti sesiapa
- masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
- masalah sosial yang meruncing
- masih belum merelakan air matanya luruh ke bumi
- masih lagi dihantui kekejaman
- masih lagi disaluti rasa bangga
- masih lagi terkontang-kanting dalam mengenal dia
- masih mahu mencungkil dan berhujah lagi
- masih terbelenggu dengan cara berfikiran sempit
- masing-masing mengepung perasaan yang bergelora
- masing-masing mengunci mulut
- masuk ke dalam perut gelombang yang serta-merta menerkamku
- masuk ke perut hutan
- masyarakat hari ini naif dengan kebendaan dan material yang melalaikan
- matahari menghantarkan sinarnya yang tidak lagi memijar
- matahari pagi Syawal mencuri masuk ke ruang bilik yang sayu itu
- matahari sebesar nyiru telah beredar beberapa depa dari puncak
- matahari senja telah lama gugur dari lindungan langit
- matahari sudah hampir segalah di ufuk timur
- matahari tegak di pusat langit
- matahari tidak pernah mungkir pada janjinya
- mataku meliar mencari tempat kosong dengan perspektif pandangan yang cukup baik
- matanya berpinar-pinar, marah dan benci bercampur aduk
- matanya diredupkan memandang hamparan biru
- matanya masih curiga dengan suasana sekitar
- matanya memandang jauh ke arah ruang yang kosong
- matanya tajam menyorot terus mataku
- matanya yang redup semakin membara
- melahirkan pelapis kepimpinan memenuhi tuntutan cabaran semasa
- melahirkan teknokrat yang bertaraf dunia dan bermoral
- melakar sejarah
- melalui kata-kata bukan memikulnya
- melancong di negara mimpi ngeri
- melangkah dengan kekuatan yang kupaksa
- melangkah ke gigi air
- melemparkan ketenangan yang kuperoleh
- melemparkan pandangan mengejek arahnya
- melemparkan tempelak jatuh ke tunjang jantung
- melepaskan dilema
- meletakkan perasaan sebagai peniti ranjau, lalu akhirnya ditipu oleh masa dan ketika
- meletuskan sekuntum bunga kecil suara
- melihat cahaya lampu yang memancar dan mencuri keluar dari tingkap kaca kamarnya
- melihat jutaan butir salji menggugur turun dari langit
- melontar ketawa
- melontarkan soalan yang cukup penting
- meluncurkan ayat yang kurasakan sendiri amat keras dari mulutku ini
- melupakan cita-cita yang lebih luhur
- memaksa individu menilai semula kesedihan dan kemampuan diri
- memalsukan fakta
- memancarkan seribu satu keperitan
- memancung lamunannya yang segar pada dahan ingatan
- memandang curiga
- memandang dengan mata nakal
- memanglah banyak prasangka dan pengamatan yang silap
- memantau peminggiran bahasa kebangsaan
- memasuki kolong perasaan
- membalas dendam atas janjinya yang tidak terurai
- membangunkan generasi berketerampilan, berilmu dan bersahsiah mulia
- membanting sarat keluhan
- membawa perkhabaran tuah dirinya di rantau orang
- membebani setiap inci ruang pemikirannya
- membebaskan diri daripada belenggu pemikiran yang negatif
- membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
- membelenggu perasaan terhadapku
- membenam budaya hendonistik yang tidak berfaedah
- membenarkan kritikan terbuka
- membendung isu ini secara berhemah
- memberi gambaran yang terpisah daripada realiti
- memberi manfaat kebijaksanaan dan menceriakan insan
- memberi sinar di malam kelam
- membetulkan kesalahan atau ketidaktepatan
- membiarkan hembusan nafas kencang memenuhi ruang yang maha sepi
- membimbing mereka memenuhi impian
- membina impian masa depan yang cuma kabur-kabur kepastiannya
- membina personaliti terbilang
- membisu memendam luka
- membisukan bahasaku
- membotakkan kehijauan yang pejal
- membuahkan senyuman yang indah dan bersih
- membuang keletihan
- membuat lonjakan berganda
- membuatkan semangat dan jiwanya seakan-akan luruh
- membuka dimensi fikir ahli mesyuarat
- membuka lorong pemudah
- membuktikan sensitiviti atau kepekaan dan keprihatinan mereka
- membungkus dendam yang terbalas dan rindu yang berharga
- memecah gegendangnya
- memecah suasana yang diselubungi keseduan
- memecah sudut kebencian
- memendam gusar jauh di lubuk nalurinya
- memilih menjadi warga berjaya dan bermaruah
- memintal air mata di dunia sana
- memintal kata putus
- mempengaruhi minda dan fikiran generasi muda
- memperkasa ekonomi bangsa
- memperlihat kesatuan dan kepadatan
- memperoleh ilmu yang tulen dan bernilai
- mempersendakan obor semangatku yang mula menjalar rakus
- mempertahankan perasaan saling bersefahaman
- mempertingkat dan memperteguh kefahaman
- mempertingkatkan rasa dukalaranya
- mempesona imaginasi dunia
- memprotes jalinan kami
- mempunyai impak ke atas alam sekitar
- memudaratkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat
- memutuskan seutas benang erti
- menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
- menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
- menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
- menahan penderitaan yang berkudis di hatinya
- menambahkan lagi darjah kepanasan di dalam kamar pengap ini
- menambat hati serta minda orang ramai
- menampan kemunculan suria
- menampilkan satu wajah baru yang disulami tekad
- menangis itu sebenarnya pembakar semangat
- menapak goyah dengan nafas yang merasak-rasak
- menarik nafas untuk merendahkan darjah kekecewaannya
- menarik sisa-sisa kebahagiaan
- menaruh minat yang mula mengalir di nafasnya
- menatapku dengan pandangan yang sukar kutafsir
- mencacatkan wajah bumi yang semakin uzur ini
- mencalarkan sinar kebahagiaan yang telah pasti
- mencantum kerut di dahi
- mencederakan ketenangannya
- mencerahkan hari yang suram
- mencerminkan dengan jelas hakikat ini
- mencerobohkan batasan-batasan dan keterikatan tradisional
- mencincang-cincang umbi hatiku
- mencurahkan rasa takjubku
- mendambakan kasih
- mendapat perhatian dan liputan media massa
- mendapat rehat, keselesaan dan kepuasan yang maksimum
- mendengar terpekur
- mendepani masa depan yang tidak menentu
- mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
- mendesah panjang
- mendukung amanah menggalas perjuangan
- mendukung kebenaran yang kita sepakati
- menebat martabat
- meneduhkan rawan di hatiku
- menemui sesuatu yang kelam
- menenggelamkan kisah silam
- menentang kehangatan udara petang
- menerapkan ciri-ciri dan budaya keusahawanan
- menerjah ke seantero dunia
- menerjah sawang fikirnya
- mengalami satu kegemparan yang pedih untuk ditafsirkan
- mengalir jadi arus gelisah
- mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
- mengambil bahagian yang penting sebagai penyokong dan pendukung
- mengangkasa tamadun bangsa
- mengantarabangsakan
- menganyam cita-cita menjadi kenyataan
- mengapakah ucapan itu menerjah gegendang telingaku?
- mengarah penjurusan peradaban
- mengecap manis kemerdekaan
- mengejar fata morgana di tanah datar
- mengeluarkan air mata egonya selama ini
- mengembalikan sinar harapannya
- mengening ditusuk sembilu geram
- mengesat air mata gembira yang mendesak-desak keluar
- mengetuk kerjaya masa depan
- menggadai prinsip
- menggamit kerisauan pelajar yang semakin gulana
- menggurit wirama berbaur walang
- menghabiskan masa tuanya di ruang konkrit ini
- menghadam soalan itu satu dua saat
- menghalang sesiapa sahaja daripada mengendalikan tugas
- menghantar ke alam mimpi
- menghapuskan segala halangan dan masalah
- mengharung udara lembap dalam dinihari
- mengharungi air masin yang berombak lembut
- mengharungi jerat-jerat kejayaan
- menghirup perlahan-lahan kopi yang berasap tipis itu
- menghirup udara hasil kemerdekaan
- menghisab diri sebelum dihisab
- menghunjam pandangan ke pinggir jalan
- mengikut hatiku dalam kepiluan yang panjang
- mengimbau langkah patriot
- mengingati liku-liku hidup yang telah dan akan dilaluinya
- menginjak anak tangga
- mengintai awan yang kian menebal
- mengisi kebangkitan ummah kualiti negara
- mengisi liang ingatan
- mengorak senyum kepadanya
- mengorbankan sisa hidup remaja
- mengorbankan terasa sempit
- menguak daun pintu
- menguak daun pintu perlahan-lahan
- menguatkan hujah demi mengukuhkan kepercayaanku
- mengucap ayat terseliuh
- mengungkapkan kesemua ilmu dari mewariskannya kepada generasi masa depan
- mengunjungi kamar ingatannya
- mengusir angan-angan manis jauh dan jauh
- mengutip dan menyusun tahun
- mengutip sejambak bunyi
- mengutuk kesunyian
- menikmati belaian anak-anak ombak di kakiku
- menimbulkan kenangan-kenangan lama yang tidak pernah kering dan usang
- menimbus lopak dan gunung sejarah yang berpasir
- menimbus lubang kejahilan
- menimbusi perasaan sedih dan simpati
- meninggalkan debu asap dan kesesakan bergelut
- meningkatkan integriti
- menjadi buruan soalan tentang keberangkatan itu
- menjadi cerucuk utama pembangunan
- menjadi kagum dan terkesima
- menjadi misteri yang amat aneh
- menjadi penyumbang utama terhadap kejayaan Malaysia
- menjadi teras kepada generasi pewaris
- menjadi tidak keruan
- menjadikan teladan berganda
- menjangkau jauh nampaknya angan-anganku pada pagi ini
- menjanjikan keistimewaan yang tertentu
- menjanjikan perubahan budaya dan pembaharuan dalam masyarakat
- menjawat doktor fitnah
- menjayakan cetusan mindanya
- menjulang sehingga ke puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa
- menjunjungi mercu kecemerlangan bangsa
- mentari baru menebarkan cahayanya ke pelosok buana
- menumbangkan emosiku
- menungku bertali-temali
- menyambut gamitan menara impian
- menyebabkan imej negara tercemar
- menyebatikan perasaannya ke dalam keremangan malam
- menyediakan khazanah yang begitu kaya untuk diterokai
- menyediakan latihan dan kursus yang releven
- menyediakan para belia untuk mempersiap diri dengan kemahiran mental dan spiritual dalam menangani cabaran semasa
- menyejukkan ruang hatiku
- menyelam perasaan hatinya
- menyelesaikan fenomena yang meragut ketenangannya
- menyelinap ke dalam fikirannya
- menyelitkan geram di bilah atap
- menyemai benih harapan yang palsu
- menyemai bunga di hati
- menyembunyikan masalah utama masyarakat
- menyendatkan benaknya
- menyentak khayalannya
- menyentak mimpi yang baru disulam
- menyentak ruang fikir
- menyeret perlahan hariku
- menyimbah sinarnya pada tubuh bumi
- menyinarkan cahaya keilmuan yang hampir padam
- menyingkap butir bicara
- menyingkap khazanah sejarah
- menyuarakan pencapaian matlamat masing-masing
- merasuki gerbang kepalanya
- meraut secebis rezeki daripada kemakmuran negara
- merebut kembali kebahagiaan yang direnggut secara paksa
- meredakan kemelut harapan
- merejam hati
- mereka berjabat tangan, simbolik perjanjian perdamaian yang baru dimeterai
- mereka berjaya dipancing
- mereka bungkam seketika
- mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
- mereka pun mula mengorak langkah
- mereka tidak lagi menjadi masyarakat menadah tangan memohon ihsan
- merencana dan membina peradaban
- merentasi perjalanan hidup yang masih terlalu jauh
- merentasi semua bidang pengetahuan
- merenung naik hingga terpampan bumbung
- merintis laluan, menguji kecekapan
- meronta-ronta seakan mendambakan kebebasan
- merungkai natijah yang kutempuh
- merungkaikan emosinya
- merungut sambil memuncungkan mulutnya
- mesti memiliki prinsip perjuangan yang unggul
- mewujudkan masyarakat yang bermuafakat dan berpengetahuan
- minda yang diasah dan dibasuh dengan sempurna
- mindaku masih berteka-teki
- mindanya ligat berputar
- mindanya pantas mengingatkan diri
- mindanya terasa sempit
- mindanya terasuh dengan budaya kepimpinan yang tinggi
- mindanya tidak lama di situ
- moga-moga ayah terpancing
- muafakat merupakan inti kepada perpaduan
- muak dengan kata-kata klise
- mujurlah aku tidak ikut membeku sama
- mujurlah jantungku duduknya kemas di dalam dada
- mukanya masam macam cuka berbaur kemerahan
- mula membayangkan ranjau-ranjau kehidupan
- mulut kami seolah-olah sarat berisi emas permata
- mungkin kebencian telah subur dalam dirimu
- mungkinkah jalur keinsafan akan muncul?
- nada suara yang kian kendur
- nafas rasa terputus
- nafasnya berlumba-lumba keluar
- naluriku mula digigit rasa pilu
- namun aku nekad untuk menjejak kebenaran yang disembunyikan
- namun jauh di sudut hati, ada kepiluan yang menyayat
- namun ketakutan itu keterlaluan
- negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
- ngilu aku mengingatkan cerita ini
- nilai sejagat
- nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat kita
- nostalgia bertaut seperti kiambang
- nostalgia warisan lepas
- ombak dan laut mengulit mimpiku saban malam
- ombak gementar memintal derita
- otaknya berpusing-pusing memikirkan seribu satu macam aral yang membenam niatnya itu
- pada setiap patah manisnya menetas maung bohong
- pagi menyelak langsir cuaca
- pakatan itu menggetar debar dan resah di dada
- paling bersahaja dalam mendepani segala masalah
- panas mentari memaksa peluh keluar dari liang-liang roma
- pandangan itu mengandung kecurigaan yang nyata
- pandangan matanya melilau lagi
- pandangan matanya menembusi segala sudut
- pandangan pro dan kontra dipaparkan
- pandangannya bermain-main di siling
- pandangannya dilemparkan jauh ke luar
- pandangannya dilemparkan ke wajah malam
- pandangannya keluar melewati dinding
- panggilan itu berupa sepatah kalimat yang akan berentetan lalu membuahkan bujukan
- panjatkan dia di dalam hati
- pantai yang tadinya suram dan ombak pula menghempas pantai dengan lembut kian bergelombang
- paya yang nampak muram dan sedang tidur
- pecah di gigi pantai
- pedih di hati kukunci teguh
- pedih kata-katanya, tapi itulah hakikatnya
- pejal hijau ini sukar untuk dilestarikan
- pelbagai cabaran yang bakal menghambat
- pelbagai kesaktian hutan dara
- pelbagai masalah sosial yang sedang menghinggapi masyarakat
- pelerai kekusutannya
- peluh hangat dingin memercik
- peluh jantan mula merintik
- peluh mula merembes
- pembaharuan yang menjanakan daya fikir
- pembangunan pesat ekonomi negara perlu dikekalkan momentumnya
- pembentukan masyarakat akan terjejas
- pembentukan masyarakat sakinah
- pembinaan tamadun negara
- pembudayaan ilmu perlu dibajai dan dijiwai oleh generasi muda masa kini
- pembuka laluan kepada masa depan yang gemilang
- pemerintahan yang kita tunjangi
- penantian tetap sama dengan perasaan yang serupa
- penantian yang kian berlabuh
- penawar kucari racun kutemui
- pendapatnya jangan disanggah, kalau disanggah panjanglah bahasnya
- penderitaan dan penghinaan sentiasa bergumpal dalam diriku
- pengakuan seluhur itu
- penghuninya tidak pernah melewatkan bangun walaupun tidak pernah digerakkan oleh jam loceng
- pengurusan yang bersifat jumud dan bersifat tidak bermoral
- penuh dengan kegelapan yang seakan menindih segala kesabaranku
- penuh hikmah dan sarat iktibar
- penyelewengan bukan soal remeh-temeh
- perakam pengalaman dan sejarah
- perasaan ingin tahu yang kuat menggeletik hatiku
- perasaan resah yang mula menurap dirinya
- perasaan rindu dan kasih berpaut
- perasaan sayu bercampur hiba menyerbu ke benakku
- perasaan simpati membanjiri jiwanya yang meresap ke segenap anggota tubuhnya
- perasaan yang aneh menjadi hatiku
- perasaan yang berbaur di dada, ada bahasa yang berbicara di mata
- perasaanku menerawang jauh
- perasaanku yang sedia dicakar-cakar resah
- perasaannya terus merakamkan gambaran hidup di sudut album hidupnya
- perasan kesal menujah hatiku
- perbualan ringan begitu dapat menghalau jemuku
- percanggahan antara hujah dan perbuatan
- percikan sinar bintang timur
- pergi ke akar masalah
- peristiwa itu berulang tayang di pentas pemikirannya
- peristiwa penuh bermakna dalam sejarah negara
- perjuangan tak akan berakhir, selagi ada ombak di lautan
- perjuangan yang perlu dilunaskan demi bangsa dan negara
- perjuangannya berteraskan kebenaran dan keadilan
- perkampungan itu amat lambat menerima cahaya matahari pagi
- perkara yang kecil dibesar-besarkan dan dimomok-momokkan
- perlu beralih kepada kegiatan yang lebih jitu
- perlu dipacu
- perlu menggembleng tenaga bagi menangani perlakuan jenayah
- persada kepimpinan di seluruh pelosok dunia
- persahabatan itu kian tertakma kejap
- persaingan global
- persis debu-debu yang diterbangkan angin, begitu juga kegelisahanku
- persoalan demi persoalan bagitu kerap bertandang mengetuk kamar hati
- persoalan demi persoalan silih berganti memenuhi lautan fikirannya
- pertanyaannya seperti merenggut jantungku
- pertemuan itu terjadi tanpa sesiapa mengaturnya
- perubahan yang diharapkan masih belum menjelma
- pesanan terakhir ibu kepada puteri tunggalnya ini
- peta perjalanan lama
- petang itu lembayung petang muram menyengat
- petang mula remang merangkak senja. Cahaya merah langit pudar dan mula bertaut dengan kegelapan
- pewaris perjuangan
- pidatonya berhati-hati tapi gersang
- pihak yang meminggirkan bahasa kebangsaan
- pintu yang terkuak menghancurkan lamunan
- pipinya terasa suam
- pohon-pohon rendang memagari menara gading itu
- program informasi akan memaklumatkan masyarakat
- propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
- proses menjiwai tradisi intelektualisme
- puisi dalam prosa kehidupan ini
- pujukan syahdu
- pulangan yang setimpal
- pulih daripada kecederaan jiwa dan fizikal
- purnama September sudah lama mengucapkan salam permisi
- pusat pendidikan serantau yang cemerlang
- puting beliung apakah yang melandanya
- puting beliung melanda jiwanya kembali
- putus semangatnya sekejap
- rakyat muflis dan tercabut daripada budaya tradisinya
- rambutnya terurai ditampan angin petang yang redup segar
- ranting-ranting bertelanjangan
- rasa benci dan meluat terbuku dalam hati
- rasa bersalah dan bimbang melintasi ruang legar fikirannya
- rasa bersalah menerpa dinding keikhlasannya
- rasa bersalah yang menebal
- rasa ego meneriak di hati
- rasa kesalingan itu menjadi asas dorongan kepada muafakat
- rasa malas menyelubunginya
- rasa rindu yang berbuku kini terlerai
- rasa seperti disimbah air lumpur ke muka
- rasa sesak berlumba-lumba menggigit hatiku
- rasa simpati dan kemanusiaan mula menggelepar dalam dadaku
- rasa sunyi dan bosan membuak di dalam dirinya
- rasailah kemanisan udara kampung yang pernah kita hirup udaranya
- rasanya dia seperti pemburu yang sesat di hutan
- redup matamu menjamah mesra wajahku
- rempah kisah
- renungan jauh disukat nostalgia
- renungannya sedikit mengendur
- resah jualah yang bertandang
- resipi untuk kekuatan mental
- riak air mengalunkan tubuh mereka
- rindu resah dendam dan sayang menggeledah sudut hati
- rintik-rintik hujan berjaruman menimpa tanah dan singgah juga di kakiku, di mukaku dan di mana-mana saja yang sempat disinggahinya
- rintik-rintik hujan masih menggerutup
- roh perjuangan
- rosak oleh badai tahun
- ruang bilik kecil itu sepi seketika
- rumpai laut juga meliuk lembut, seolah-olah melambaiku
- rupa-rupanya, busut nanah dendam laki-laki itu masih membusung
- rusuh hatinya meruntas
- saat genting itu hanya Tuhan yang mengetahuinya
- saat penentuan yang meresahkan itu menjengah juga
- saban hari kita memupuk kesabaran di hati agar tidak meniris di kala itu
- sakit di kepalanya terasa kian mengamuk
- sakit hati, terkilan, kecil hati dan bengang meradak hatiku sekali gus
- sambil melepaskan keluhan berat
- sambil merenjiskan sedikit maklumat kepadaku
- sambil tersenyum sinis ingin menduga hatiku agaknya
- sampaikan salam maaf aku kepada tulus hati kau
- sanubarinya terus diinjak oleh kaki-kaki kekeliruan
- saraf tunjangnya menyuruh saraf motor menarik selimut
- satu badan perasaan kurang senang dan resah
- satu keluhan berat terlontar dari rekahan bibir
- satu tamparan keras hinggap ke pipi
- satu tempat yang penuh pesona
- satu wabak yang lebih menyeluruh dan besar impaknya
- satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan
- sayangnya dendam ini memakan diri
- seakan-akan membina temboknya yang sukar untuk dipanjat
- sebagai satu tanda penzahiran kesyukuran
- sebagai titik keseimbangan yang tidak ada titik hentinya
- sebahagian aksara tidak dapat dibaca dengan jelas
- sebak meresap ke dalam diriku
- sebenarnya aku tidak mahu meraih simpati daripada sesiapa pun
- sebuah keluhan berat sejak tadi seakan-akan tersumbat
- secarik harapan duka yang begitu menjeratku
- sedang menyaksikan perubahan yang pesat
- sedetik aku bingung
- sedikit pun aku tak mahu wajahku dijamah oleh silau matanya
- sedu-sedannya yang menyayat itu terus berpadu dengan piluku
- segala asam garam hidup yang telah dilaluinya itu mencuri masuk ke dalam mangkuk ingatannya
- segala bicara yang terbenam di lubuk hati
- segala bukti kukuh mengenainya akan kuhumbankan sekejap lagi
- segala imbasan kenangan telah terputus
- segala yang kulakukan canggung belaka
- segelombang desakan kecil mengocak jiwanya
- segera kulontarkan pandanganku
- segera kupancung cakapan teman sebayaku itu
- segera menapak masuk
- segugus nafas berat dileraikan dari dada
- segugus nafas tenat dileraikan dari dada
- sejarah adalah guru terbaik kehidupan
- sejarah sebenarnya penuh luka dan derita
- sekadar melepaskan rindu menatap nur di wajahnya
- sekadar mengisi masa menuju destinasi yang belum ketentuan
- sekadar mengomel-ngomel kecil
- sekali gus menyerap budaya persekolahan
- sekali gus meragut kelincahanku
- sekali pandang indera lihatnya begitu ceria dan normal
- sekawan burung lelayang terbang melintasi
- sekonyong-konyong semacam keriuhan menyinggahi telinganya
- seksanya menjadi makhluk terpinggir
- sekukuh azam kusematkan di hati
- selagi hidup, selagi itu perjuangan tidak akan tamat
- selama ini, kita cuma bertemu dan berbicara dalam surat
- selaut dosa bangsanya
- sel-sel neuron otaknya terus ligat memainkan peranan menghantar impuls yang diterima
- seluruh pembuluh darah dan tubuhku, kurasa mengering detik itu juga
- semacam perasaan ngeri menular dalam dadanya
- semakin hari sifat ketidaktentuannya semakin menjadi-jadi
- semakin kabur oleh ketidakpastian
- semakin kuingat semakin memuncak rinduku pada kemesraan masa lalu
- semangat juang menentang penjajah
- semangat kesukarelaan semakin pudar lantaran kekukuhan ekonomi
- semangatnya terbenam ke pusat bumi
- sememangnya cukup mendewasakan Malaysia
- sememangnya hukuman inilah yang wajar diterima
- sementara hayat mengasuh hasrat
- sempat memejamkan matanya, melupakan ancaman yang menyapa
- semua manusia sementara
- semuanya ini bakal bersemadi dalam khazanah pengalamanku selama- lamanya
- semuanya tertegun dalam diam yang panjang
- sendumu kerap benar menampar ke telingaku
- senjata manusia kontemporari
- sensitiviti agama
- senyum lemah terukir di bibir
- senyuman bangga menghiasi bibir kedua-dua mereka
- senyuman itu hadir bersama-sama berputiknya bunga harapan
- senyuman orang keliling bagai kuntum-kuntum mawar merah dijamah mentari pagi
- senyuman yang sudah lama tidak terlukis pada wajah seorang perwira
- senyumannya masih kaku tersimpan di ulas bibir usangnya itu
- senyumannya tidak lekang di bibir
- senyumku menjamah sebentar ke mukanya
- senyumnya menyelamatkan kegusaran yang bersarang
- seolah-olah cuba menyelam sesuatu yang tersembunyi
- seolah-olah ingin memuntahkan selautan hujan untuk menenggelamkan bumi
- seolah-olah menidakkan kecemasan di hatinya
- sepasang mata letihnya
- seperti akar-akar pokok nyiur yang akrab mencengkam tanah pasir
- seperti sebuah medan yang baru dipugar
- seperti sekuntum kiambang di danau puisi
- seperti yang diketengahkan oleh pemimpin
- sepi bertaburan di mana-mana
- seribu kemanisan yang hakiki
- sering kali dikaitkan dengan sesuatu yang ideal
- serpihan kekesalan tersemat di sanubariku
- sesekali dia tersenyum tawar
- sesekali gelora sungai rakus menghempas tebing
- sesekali terdengar bunyi batuk kesat
- sesekali terselit juga rasa bimbang di hatiku
- sesuatu perlu disuntik untuk mengubah tradisi negatif
- sesuatu saranan intelektual yang berani
- sesungguhnya hakikat itu benar-benar merobak-rabikkan hatiku
- setahuku dia tidak pernah bersifat pasif
- setiap liku dijelajahinya dengan teliti
- setiap ruang tempat jantungnya berdegup bagaikan mati
- setiap warga Malaysia perlu prihatin terhadap negaranya sendiri
- seumpama petir yang memanah hangus hatinya
- siapakah yang akan mengalah atau mengaku kalah, biarlah masa yang menentukan
- sifat inkuiriku meluap-luap kembli
- sifat keras kepalaku kini muncul lagi bermaharajalela untuk menentang penghinaan
- sikap warga kota yang taksub mencari nafkah
- sikap yang menentang kepuasan kebendaan
- sikapnya yang degil melemaskan fikiranku
- sinar mata lembutnya bertembung
- sinarnya yang memercik tajam
- sindiran yang mungkin sejak tadi bergantung di bibir mereka
- sindirannya bagai tembusan peluru ke jantung
- sisa daun bergantungan di ranting-ranting
- sisa semangatnya datang lagi
- sisipan kesetiaanku di celah kemanisan
- solat itu jantung kehidupan
- suara anak alam pada malam begini sering berpaut mencipta satu paluan gamelan hutan yang aneh
- suara itu hanya berlegar-legar dalam hati
- suara itu mengagetkan
- suara itu mengandungi seribu derita yang tidak berkesudahan
- suara itu menikam cabaran
- suara itu putus seketika
- suara ketar yang sukar dikawal
- suara memetir
- suaraku tertampan di kerongkong
- suaranya memanjat keyakinan
- suaranya merebak kegusaran
- suaranya perlahan mengandung sebak
- suaranya telah mulai panas pada pendengaranku
- suasana bungkam seketika
- suasana mula dirayapi sepi
- suasana yang kehijauan, hening dan sedikit dingin amat menenangkan
- sudah cukup untuk membina kembali kemesraan yang hampir padam
- sudah dasarnya penyangak alam sekitar
- sudah dikumandangkan ke dunia dan akhirat
- sudah dikumandangkan sejak beratus tahun lalu
- sudah menampakkan kelembutan yang tersembunyi tapi dapat dikesan oleh mata hatiku
- sudah ramai yang kecundang
- suka berfoya-foya dan berseronok-seronok hingga melewati batas agama dan adat
- sumbangan itu setara dan setanding
- sungai mengerutkan kening alunnya
- sunyi yang telah lama terhimpun di kolam rasa
- tabah dan berdaya saing
- takdir telah melontarkan aku ke sini
- takut menguak intan terpilih kaca
- takut nanti manik-manik mutiara gugur di hati wanita lemah lembut itu
- tamadun cair jadi lumpur
- tanah ini makin membotak
- tanah pulau yang bersaudarakan hiba
- tangan-tangan kebenaran meramas-ramas sanubarinya
- tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
- tangisnya tiba-tiba meninggi
- tanpa dipinta, air jernih bertakung di kolam matanya
- tanpa menghirau terapan angin malam yang menjamah tubuh tuanya
- tanpa menjeruk perasaan walau serba kekurangan
- tanpa penguatkuasaan dan pemantauan
- tanpa secebis keadilan
- tanpa setitik pun air mata tumpah
- tanpa tekad dan azam yang kuat kita tidak akan ke mana-mana
- tebing sungai itu telah ditinggalkan sepi, terbiar seperti perempuan tua yang melarat
- tegakkan perancangan di atas tiang-tiang usaha
- tekadnya bagai batu karang di lautan
- tekadnya sudah bulat
- tekak terasa kering kerana jeritan yang memanjang
- telingaku mengesan sindiran di hujung ayat itu
- teman yang pernah mengusap air mataku yang gugur pada suatu waktu
- tembok yang dapat menahan ombak kepedihan yang menggelepar dalam dada
- tempiasan budaya yang dialami oleh rakyat tempatan dengan kehadiran pekerja asing
- tenggelam dalam arus kata
- tenggelam dalam wajah senja yang semakin memberat
- tenungan tajam itu seolah-olah ada dendam
- teracun oleh sangka
- terapung lelah di dada sungai
- terasa ada suara dari sudut hati
- terasa bagai tersembur terus kesesakan yang bersarang di dada
- terasa bahang yang pelik
- terasa bulan penuh mengambang dalam hati
- terasa juga tipis-tipis angin panas masin
- terasa sendat oleh aneka kenangan yang membosankan
- terbenam dalam lubuk kenangan
- terbersit gundah di jiwa
- terbungkus rapi dalam ingatan
- terdengar bicara menitip
- tergelincir daripada landasan kebenaran
- terima kasih kukalungkan kepadamu
- terjebak ke dalam kancah percintaan
- terkurung sepi dalam kotak sendiri
- terlalu banyak waktu terlepas
- terlalu payah meneruskan rutinku dalam keadaan sebegini
- terlindung gurat-gurat penderitaan
- terliuk-liuk dedaun nipah melambai awan
- terluncur kata-kata
- terngiang cemuhan itu di dalam kepalanya
- ternoktahkah penantian ini?
- ternyata masih tersimpan dendam terhadapnya
- ternyata, tenaga tuanya tidaklah seberapa
- terpaksa pecah janji
- terpaut hati kepada idea dan kekentalan semangat
- terpercik rasa benciku sekilas
- terpercik secebis kejutan di wajahnya
- tersandang ke alam percintaan
- tersembunyi dalam santun bahasa yang berkias
- tersentuh hati
- tersenyum hambar dan diam
- tersenyum lucu dan menggelengkan kepala melayan lintasan fikiran
- tersinar pada cermin keruh air
- tertewas dalam khayalan
- terumbang-ambing dipukul derita
- terus unggul dan memuncak kemakmurannya
- tetap mengakar dengan budaya tempatan yang luhur
- tetapi bagaimana kalau apa-apa terjadi dalam kesementaraan itu?
- tiada cacat cela pada hamparan alam yang menjadi karya agung dunia
- tiada jalan singkat bagi mencapai matlamat ini
- tiada suara terungkap di bibir
- tiada teman baik untuk berkongsi derita
- tiada yang menyangkal dan merendahkan keupayaan kita
- tiba-tiba menempelak dengan muka yang masam mencuka
- tiba-tiba pula dia mahu melupakan azam yang sedia tersemai sejak bertahun-tahun
- tiba-tiba tertunduk-tunduk cemas
- tidak akan bertemu pada titik atau rang
- tidak berani memanggung kepala untuk menentang wajah ayah
- tidak betah aku di situ
- tidak boleh disangkal, salah faham selalu membawa padah
- tidak boleh memberi jawapan mutlak
- tidak boleh menyuburkan budaya yang bertentangan dengan hasrat masyarakat
- tidak dapat lena walau sepicing pun
- tidak dapat membayangkan kebarangkalian masa hadapan
- tidak dapat mengelak daripada serangan gabrah dan gementar
- tidak dapat menggarap segala yang sepatutnya digarap
- tidak dibenarkan subur dalam masyarakat negara ini
- tidak ingin terpinggir dan terbelakang
- tidak kerana takut pada kegelapan
- tidak kurang juga yang kecundang dalam pelaburan itu
- tidak langsung menjalankan fungsi semula jadinya
- tidak mahu dia melimpahkan air mata sia-sia
- tidak mahu kekal berada dalam kepompong yang sama
- tidak mahu memanjangkan bicara
- tidak menafikan terus kemungkinan itu
- tidak mencetuskan apa-apa kontroversi
- tidak mengalami peningkatan yang ketara dalam menggerakkan pembangunan
- tidak mengenal erti perit menempuh cabaran hidup
- tidak menggambarkan ketamadunan masyarakat
- tidak perlu sama ada seragam dan ciri umum yang sedia wujud
- tidak pernah luput daripada ingatan
- tidak pernah membuang lautan fikirannya
- tidak pernah membuang masanya dengan percuma
- tidak pernah mungkir dengan kata-katanya
- tidak pernah sama dengan situasi dan keruwetan yang terpaksa ditanganinya
- tidak pernah sunyi daripada kegawatan
- tidak sanggup ku menghamburkannya
- tidak sanggup lagi membilang duka dan ranjau fitnah
- tidak tahu bagaimana lagi harus kuusir perasaan itu
- tidak tedengar lagi suara halusku yang merisik
- tidak tergamak meminggirkan rakyat
- timbang rasa masih berbaki
- tinta emas yang berukir sepanjang zaman
- tirai senja mula mengambil alih
- titis-titis hujan yang menimpa laman kurenung lunak
- tubuh yang merangka itu
- tugas untuk melaksanakan agenda perdana ini dipukul oleh generasi muda negara ini
- tulisan merintih mementaskan derita
- tunduk dan membuang menung ke hujung kasut
- tuntutan pengisian nilai budaya hidup
- tusukan peluru cabaran itu benar-benar membakar keegoan
- ubun-ubun gelombang kecil memutih
- udara bersih tepu berdebu
- udara mengucapkan debu kering
- ukuran kecemerlangan antara individu dengan individu
- umpama kerlipan bintang pada malam suram
- unggas rimba masih bersimfoni mengalunkan wirama
- ungkapan itu rasanya memukul
- untuk memutuskan rasa malu yang mungkin berpanjangan
- urat kakinya tersembul tegang minta direhatkan
- usahaku mencuri hatinya berjaya
- wabak ketamakan sudah mengganas
- wahana pengucapannya memberangsangkan kami
- wajah itu sekejap-sekejap menyelinap masuk dalam kenangannya
- wajah kerepot putih pucat
- wajah murungnya ditatap melalui pembalikan dirinya di dalam cermin
- wajah polos
- wajah yang jernih dan bertenaga
- wajahku merona merah
- wajahmu melahirkan segar sejarah
- wajahnya masih berupaya menyembunyikan rasa resah gelisahnya
- wajahnya mengunci rapat mulutku
- wajahnya serta-merta mendung
- wajahnya sudah ada garis-garis kedut yang bermukim
- wajahnya tegang dan semacam menyimpan kemarahan
- wajah-wajah yang beralun
- waktu menjerat usia
- waktu yang berlalu pantas telah mencuri sedikit kemesraan milikku
- wanita yang amat aku kagumi kerana ketegasan dan budi luhurnya
- wap yang memparasit kaca jendela digosok-gosok
- warga yang bersifat proaktif dan cekal sifatnya
- warkah bersampul kuning yang masih kejap di genggamanku
- warkah yang baru kuterima menghantar sejumlah debaran ke dalam dadaku
- warna petang yang kering
- wataknya menjadi lebih jelas pada mataku
- yang berfungsi dan kepimpinan
- yang berfungsi sebagai asas rujukan dan penilaian
- yang berwibawa dan bermotivasi tinggi
- yang disogokkan kepada ahli masyarakat
- yang mahu diungkapi
- yang masih koma dengan situasi sebentar tadi
- yang melangkaui batas sempadan negara
- yang menerajui pemikirannya ialah niatnya
- yang menjadi musuh bukan penjajah tetapi diri sendiri
- yang menyimpan sisa pagi
- yang terkurung di penjara masalah
- yang tinggal hanyalah keresahan dan kebimbangan yang bertali-temali di dalam diri setiap insan