Wednesday, February 26, 2014

SEJARAH WAJIB LULUS












Subjek Sejarah sememangnya penting dalam mana-sama sistem pendidikan di seluruh dunia kerana selain bersifat pembelajaran, mata pelajaran itu berupaya mendidik murid untuk menerima hakikat jati diri mereka terhadap negara.
Sikap tidak menghormati perlembagaan negara yang ditimbulkan oleh sesetengah rakyat sejak kebelakangan ini mendorong Kementerian Pendidikan mengkaji 'kekuatan' mata pelajaran Sejarah sekali gus memperkasakannya di kalangan murid dan generasi muda hari ini.

Faktor ini sekali gus mendorong kementerian mewajibkan mata pelajaran Sejarah lulus di peringkat sekolah iaitu wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.
Pengarah Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Masnah Ali Muda berkata, usaha memperkasakan mata pelajaran Sejarah di semua aliran sekolah menengah mencakupi sejarah kuno, pra moden dan moden dalam skop dasar, politik dan kenegaraan.

Malah, menurutnya, sistem pendidikan negara bermula tahun 1989 menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah kerajaan.
''Yang mana subjek Sejarah wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan bertujuan meningkatkan pengetahuan sejarah negara.
''Di samping itu, usaha tersebut adalah bagi pemupukan nilai patriotisme untuk membentuk keperibadian yang tinggi dan menanamkan semangat cinta kepada negara,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Pada masa yang sama, ujar Masnah, Kurikulum Sejarah KBSM disusun secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu (kandungan), kemahiran (kemahiran Pemikiran Sejarah) dan penerapan nilai patriotisme.
Kata Masnah, Hal ini demikian supaya selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan iaitu ke arah membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
''Kita juga sedang dalam usaha melakukan transformasi kurikulum Sejarah yang akan dilaksanakan mulai 2014 di sekolah rendah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk sekolah menengah mulai 2017.
''Mata pelajaran Sejarah diajar sebagai mata pelajaran teras kepada murid sekolah rendah pada Tahap II bermula di Tahun 4."Sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan menekankan kepada pembangunan sahsiah murid, pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarganegaraan,'' jelas beliau.

Beliau memberitahu, kandungan kurikulum di peringkat sekolah rendah juga mencakupi sejarah awal negara sehingga kini, bertujuan menanam minat murid terhadap sejarah dan menyediakan murid menghadapi cabaran masa depan. "Fokus utama kurikulum Sejarah dalam KSSM adalah pengetahuan dan pemahamanSejarah Malaysia, Pembinaan Negara Bangsa dan Sejarah Negara Luar," ujarnya.
Tambah Masnah, pengkajian sejarah bermula dari zaman prasejarah sehingga masa kini yang disusun berdasar rentetan peristiwa mengikut pendekatan kronologi manakala aspek sejarah negara luar pula dikaji supaya murid mendapat gambaran besar tentang peristiwa sejarah negara berdasarkan garis masa.
''Aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya murid mempunyai perspektif yang lebih luas tentang proses perkembangan masyarakat dan negara serta melihat secara perbandingan akan sejarah dalam dan luar negara."Seterusnya memupuk rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke arah pemantapan semangat perpaduan dan patriotisme,'' katanya.

Melalui pendidikan Sejarah, beliau berharap, murid-murid dapat menjadikan elemen sejarah sebagai pengajaran dan iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan di samping semangat cinta akan negara.




Dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130819/pe_01/Wajib-lulus-Sejarah-tepati-keperluan untuk perkongsian bersama

Wednesday, February 19, 2014

GOTONG ROYONG PERDANA PS

 Pengawas-pengawas PS bertungkus lumus bersihkan PS yg dilanda 'taufan'

 serabut je kan?

 Sebelum proses menyusun 'harta-harta' yg ada di PS

 Timbunan harta karun..hehe

 cian semua pengawas ni..nk setel semua timbunan buku-buku

 see?? letih sgt2 kot nk kemas balik

ehemmm...hasilnya setelah bersusah payah seharian.. tapi lum 100% lagi ni..

walaupun belum 100% siap kemas tapi masih dpt digunakan



P/S : akan datang gambar-gambar Pusat Sumber SMADBP yang makin meletop 

Apa Itu Program NILAM??

NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Menjadikan murid banyak membaca
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
1. Mendedahkan kepada para pelajar tentang pelaksanaan program NILAM di sekolah
2. Menyemai budaya suka membaca dalam kalangan pelajar
3. Menerapkan sikap cinta akan ilmu dalam kalangan pelajar
4. Menggalakkan pelajar agar menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
5. Memupuk keyakinan dan ketrampilan diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru Bahasa dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka pada peringkat Sekolah Menengah. Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku
Pengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 ke atas
NILAM

Apakah yang dimaksudkan dengan TAHAP RAKAN PEMBACA?
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :


- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atas
NILAM
Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku

p/s Hanya penerangan secara ringkas tentang program NILAM

Thursday, February 13, 2014

HARAP MAAF...BLOG PUSAT SUMBER AL-GHAZALI MASIH DALAM PEMBINAAN. .TQ
HARAP MAAF..BLOG INI MASIH DALAM PEMBINAAN..TQ